Halaman Utama

Sunday, May 31, 2009

"Ketawa" dan kesihatan anda.

From the desk of Dr. Nasib M.D




Ketawa yang tak bertempat orang kata gila....tapi ketawa yang berpada-pada ada faedahnya. Ketawa bukan sahaja perbuatan yang berkesan untuk megurangkan tekanan hidup atau "stress" tapi ia juga menolong menyihatkan jantung anda dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Jadi walau apapun masalah kita...cubalah berusaha untuk ketawa...bergurau senda dengan kawan-kawan....bukan bergurau-senda antara pusat dengan lutut..hehe.


Selain ketawa, senaman atau riadah juga berkesan untuk mencegah penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Janganlah malas-malas untuk bersenam. Berdiri di depan cermin dan lihatlah badan anda dari atas ke bawah...kalau gemuk terlampau tu fikir-fikirkanlah...sendiri mau ingat....bersenamlah beramai-ramai dengan kekawan sambil ketawa dan bergurau-senda untuk kecantikan diri, kesihatan jantung dan minda....

No comments:

Post a Comment