Halaman Utama

Wednesday, July 22, 2009

Kanser pangkal rahim boleh dicegah.

Gardasil : Immunisasi pencegahan kanser pangkal rahim yang berkesan.
Hubungi kami 089-274444


Kanser pangkal rahim merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara. Di Malaysia dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser pangkal rahim. Statistik menunjukkan 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser pangkal rahim.

Penyebab kanser pangkal rahim tidakdiketahui tetapi beberapa faktor berikut akan meningkatkan risikokanser pangkal rahim:

  • Wanita yang melakukan hubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan
  • Mengandung lebih dari 5 kali
  • Jangkitan kuman 'HPV' ( Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok
  • Kurang daya tahan melawan penyakit seperti HIV

Tuesday, July 14, 2009

Amalan gaya hidup sihat ::: Kunci untuk sihat sepanjang hayat

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:

* Makan secara sihat
* Tidak merokok
* Lakukan aktiviti fizikal
* Belajar menangani stress

Tidak Merokok

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik). Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:

* Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
* Yakinkan diri
* Buat nota peringatan
* Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
* Tumpukan pada hari ini
* Sentiada berfikiran positif
* Dapatkan sokongan
* Lawan keinginan untuk merokok
* Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT) seperti NicoGel
* Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:

Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

o Melengahkan-lengah
o Minum banyak air
o Menarik nafas panjang
o Membuat sesuatu
o Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
o Mengunyah sesuatu
o Membasuh tangan
o Mandi dengan kerap
o Melakukan senaman regangan
o Memohon doa

Lakukan Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan. Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.

Lakukan aktiviti fizikal

* Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari: tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
* Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda

Tangani Stres

Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.

Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:

* Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
* Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
* Kenal pasti kenapa anda marah
* Cuba dengar penjelasan orang lain
* Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
* Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
* Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan

Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:

* Berfikir secara positif
* Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
* Belajar menyukai diri sendiri
* Belajar bertenang
* Adakan hobi
* Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
* Dapatkan tidur yang cukup
* Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
* Bersifat tegas/asertif
* Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda

Sunday, July 12, 2009

Teknik-teknik berjalan dengan betul

Berjalan kaki adalah senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkat umur. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, di pejabat, di kompleks membeli-belah dan lain-lain lagi.

Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dengan lebih optimum lagi.

  • Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain. Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai.
  • Hayunkan tangan. Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impak seperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-otot di bahagian atas badan kita. Ini menunjukkan bahawa senaman berjalan bukan saja memberi faedah yang lebih kepada otot-otot bahagian bawah namun turut melibatkan otot-otot di bahagian atas badan kita.
  • Luruskan bahagian belakang badan kita. Untuk memastikan kita berada dalam postur yang baik. Luruskan bahagian belakang badan kita dan pandang ke hadapan.
  • Kawal pernafasan. Semasa berjalan pastikan pernafasan kita sentiasa teratur. Sekiranya kita berasa nafas kita semakin tercungap-cungap, kita perlu mengurangkan kelajuan dan sekiranya tidak mampu kita haruslah berhenti.
  • Untuk menambahkan lagi variasi sewaktu berjalan kita boleh menetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkan kelajuan.
  • Sekiranya mampu, kita boleh menggunakan pedometer, iaitu alat untuk mengukur langkah kaki kita. Alat ini diletakkan di bahagian pinggang kita dan ia akan mengira berapa langkah kaki yang telah kita lakukan pada setiap hari.
  • Cuba untuk melakukan senaman berjalan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali dalam seminggu.

Wednesday, July 8, 2009

Dermatitis Kontak Pekerjaan

Ciri-ciri :

  • Kulit menjadi merah, gatal, sakit serta bengkak selepas terdedah atau tersentuh kepada agen di tempat kerja.
  • Biasanya terjadi di bahagian anggota tubuh yang bersentuh secara langsung dengan agen, tetapi ia boleh merebak ke tempat lain.

Agen berbahaya yang sering menyebabkannya :

Bahan-bahan pewarna, getah, formaldehida, tepung, racun makhluk perosak, pelarut organik, simen, kimia pencuci, disel, minyak parafin dan bahan pencair.

Notifikasi :

Mengikut Peraturan 2004, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Notifikasi Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan dan Penyakit Pekerjaan), adalah menjadi tanggung jawab:

  • Majikan
  • Pengamal perubatan yang merawat

Hubungi kami : 089-274444



Monday, July 6, 2009

Apakah itu Andropos? Semua leleki perlu tahu...

Andropos juga dikenali sebagai ADAM (Penurunan hormone androgen dikalangan lelaki berusia). Ia adalah fenomena yang hampir sama dengan menopos ( putus haid ) kecuali:

+ Ia berlaku secara perlahan-lahan
+ Tiada tanda-tanda jelas seperti putus haid dalam menopos dan penurunan hormone testosterone (hormone estrogen dalam wanita)

Bagaimana saya tahu saya mengalami andropos?

Andropos menghasilkan berbagai-bagai perubahan pada tubuh lelaki termasuk:

Masalah ketegangan zakar
Nafsu sex rendah
Perubahan perasaan menjadi letih, cepat meradang, sedih dan pemarah
Masalah tidur
Bulu-bulu tubuh berkurang
Saiz dan kekuatan otot berkurang
Peningkatan lemak tubuh
Hilang daya ingatan
Osteoporosis (Tulang rapuh dan nipis)
Daya tumpuan yang lemah

Apakah terapi gantian hormon?

Andropos boleh dirawat dengan hormone testosterone dalam bentuk:

Pil
Suntikan
Pellet jangkatindak panjang dan pengeluaran ubat secara perlahan
Tampalan Jeli

Tel 089274444 untuk rawatan.

Friday, July 3, 2009

Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk

  • Rokok mengandungi beribu bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu menyebabkan kemandulan..
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah...isteri makin derita.....